Mulberry Extract merupakan agen pencerah, anti septik, antioksida dan anti keradangan. Ia digunakan secara meluas dalam penjagaan kulit kerana kaya dengan ciri-ciri antioksida yang dapat memperlahankan proses penuaan dan sangat bermanfaat untuk mencegah pembentukan kedut, menggalakkan keremajaan kulit untuk memberikan kulit licin sempurna. Selain itu, ia juga digunakan secara umum untuk membantu mengatasi masalah kulit yang tidak sekata, bintik-bintik hitam kerana sifat agen mencerahkan kulit dan memberikan nada kulit yang menyenangkan selepas digunakan. Ciri-ciri antibakteria dan anti-radang ekstrak ini membolehkan ia digunakan untuk mengatasi masalah ruam kulit, mengurangkan bengkak, memerangi jerawat dan mempercepatkan penyembuhan jerawat.
Reviews
There are no reviews yet.