Sabun kecantikan adalah produk asas dan permulaan yang kami perkenalkan di kilang LAARA.

Mana-mana usahawan yang baru bermula, kami cadangkan supaya bermula dengan menghasilkan sabun kecantikan. Itu resepi permulaan yang LAARA cadangkan. Namun terpulang kepada anda untuk bermula dari produk apa pun.

Kenapa Kami Cadangkan Sabun Kecantikan?

Ia adalah permulaan yang baik kerana:

  • Mudah dipelajari. Kami ada sediakan video tutorial secara online atau bengkel.
  • Boleh hasilkan berbagai formula berbeza.
  • Modal permulaan yang rendah dan tidak membebankan.
  • Boleh hasilkan sabun kecantikan sendiri di rumah tanpa tools yang mahal.
  • Mudah dijual, laku keras dan orang ramai sememangnya sentiasa menggunakan sabun setiap hari.
  • Tidak perlukan komitmen masa yang banyak, boleh bermula secara sampingan.
  • Kualiti sabun yang sangat disukai pelanggan (dengan base soap yang kami sediakan, terbukti sejak lebih 4 tahun dalam pasaran).

Jadi, Bagaimana Untuk Bermula?

Mulakan langkah anda dengan belajar dari video tutorial atau bengkel yang kami anjurkan. Dapatkan video tutorial di sini dan bengkel di sini.

Atau anda boleh daftar sebagai Gold Member dan dapatkan akses ke bengkel dan video tutorial secara percuma. Klik di sini.

Selepas belajar, anda boleh mula buat sabun dengan mendapatkan starter kit. Set material & formula sabun yang berkualiti. Dapatkannya di sini.

 

Mahu Belajar Membancuh Sabun Kecantikan Sendiri Di Rumah?

 

Tidak perlu ada kilang atau pusat pemprosesan yang besar, anda boleh mulakan dengan peralatan yang sediada di rumah!

Read more

Alhamdulillah..

Pada bulan Februari yang lepas, kami telah mengadakan bengkel pembuatan sabun kecantikan dan keusahawan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu.

Peserta yang hadir dan terpilih adalah dikalangan ibu tunggal dan mereka-mereka yang ingin mengubah hidup melalui perniagaan produk kecantikan. Read more