Mulakan Langkah Anda Di Sini…

Hai… Saya Feirouz Azalia…

Saya ingin bantu anda hasilkan produk-produk yang anda boleh buat sendiri dari rumah. Dengan itu anda boleh mulakan bisnes produk kecantikan dengan kos yang rendah dengan produk formula anda sendiri.

.

Step 1: Daftar Ahli

Di LAARA kami telah aturkan jadual bengkel 2 kali sebulan di HQ kami di Kuala Terengganu. Boleh hadir bengkel, jumpa kami dan belajar. Jadual bengkel ada DI SINI.

Bagi anda yang berada jauh dari Terengganu, anda tidak perlu risau. Anda boleh belajar dari video tutorial yang telah siap kami hasilkan.

Saya cadangkan supaya anda daftar sebagai Gold Member LAARA.

  • Dengan menjadi Gold Member anda akan dapat akses ke semua video tutorial yang kami hasilkan.
  • Gold Member dapat hadir bengkel buat produk di HQ secara percuma sepanjang tahun 2019!
  • Selain itu anda juga akan dapat diskaun tetap sebanyak 5% setiap kali membeli bahan mentah di website ini.
  • Anda juga dapat kumpul point atas pembelian tertentu. Point2 ini boleh digunakan untuk tebus produk secara percuma atau dengan potongan harga.

.

Step 2: Starter Kit

Setelah mendapat akses ke video atau datang ke bengkel, belajar proses pembuatan produk dan mulakan dengan membuat produk pertama anda.

Jika anda tidak pasti bahan apa yang ingin dibeli untuk buat produk pertama anda, mulakan dengan mendapatkan Starter Kit yang disediakan.

Anda boleh mula dengan modal yang rendah dan kuantiti sikit dahulu. Boleh guna sendiri dan bagi orang sekeliling anda cuba produk yang anda hasilkan. Dapatkan komen dan pandangan dari mereka.

Setelah mendapat feedback positif dari keluarga dan rakan2 yang menggunakan produk, anda sudah boleh cuba menjualnya.

.

Step 3: Jualan Pengenalan

Untuk peringkat awal, produk anda boleh dijual dengan ringkas tanpa logo, sticker, kotak dan sebagainya. Jual dulu murah2 dengan harga pengenalan.

Elakkan keluar modal yang besar untuk design, grafik dan sebagainya ketika baru bermula. Uji cuba dulu produk anda dengan kenalan-kenalan dekat atau online.

Setelah mendapat maklum balas positif, ada yang mahu repeat order dan sebagainya, barulah anda keluarkan sedikit modal untuk ke peringkat seterusnya!

.

Kelulusan KKM

Tidak perlu khuatir jika anda ingin upgrade produk anda dengan mendapatkan kelulusan KKM. Kami sedia membantu.

Proses untuk mendapat kelulusan KKM bukan senang jika anda mohon sendiri. Pertama, anda perlu ada kilang yang berstatus GMP. Kedua, anda perlu hantar permohonan untuk produk yang dihasilkan itu. Produk itu mesti diproses di kilang GMP.

Anda tidak perlu tunggu hingga ada kilang GMP sendiri. Kami akan bantu anda untuk proses tersebut. Anda teruskan fokus dalam memasarkan produk.

.

Tidak Mahu Belajar/Buat Produk Sendiri 

Jika anda tidak mahu belajar atau proses sendiri produk, tapi mahu serahkan urusan pembuatan produk kepada kami, maka kami akan bantu anda.

Kami faham, ramai usahawan yang tiada masa untuk belajar atau bancuh produk sendiri. Anda tidak perlu risau, kami boleh buat untuk anda. Anda boleh fokus buat bisnes dan pemasaran saja.

Anda boleh dapatkan produk-produk Trial Set ( produk siap) untuk cuba kualiti produk kami. Jika puashati dan mahu keluarkan produk sendiri dengan formula khas untuk anda kita boleh berbincang lebih lanjut

Diharap penerangan ringkas ini dapat membantu anda untuk bermula.

Feirouz Azalia.

Oh.. Jangan lupa follow saya di Facebook & Instagram.

Bermula Dengan Bancuh Produk Sendiri

Step 1: Belajar dari Video Tutorial atau jadi Gold Member

Step 2: Dapatkan Starter Kit

Step 3: Cuba produk, dapatkan feedback

Step 4: Buka Jualan Pengenalan

Step 5: Upgrade produk anda

Step 6: Pemasaran, jualan & jaga pelanggan anda

Step 7: Tambah formula/produk baru

Step 8: Kembangkan bisnes

.

Bermula Dengan Trial Set

Step 1: Daftar Gold Member (dapat harga diskaun/point/guide)

Step 2: Dapatkan produk trial set.

Step 3: Cuba produk, dapatkan feedback

Step 4: Buka Jualan Pengenalan

Step 5: Upgrade produk anda

Step 6: Pemasaran, jualan & jaga pelanggan anda

Step 7: Tambah formula/produk baru

Step 8: Kembangkan bisnes