, , ,

Tester Kit Produk Kecantikan Kosmetik, DD Cream, Face Basic Cream, Foundation, Night Cream & Lips Gloss

Adakah anda berminat untuk menjadi pemilik, pengasas atau founder produk kecantikan?

 

Jika jawapan anda ya, maka ini mungkin jalan penyelesaian untuk anda.

Kami di Laara Beauty menyediakan berbagai jenis produk kecantikan berasaskan penjagaan wajah untuk dijenamakan semula. Produk ini adalah keluaran kami sendiri. Bukan diambil dari negara seberang dan dibotolkan semula.

Produk-produk ini dihasilkan di Malaysia. Buktinya kami turut menyediakan pendaftaran KKM, Halal dan seumpamanya untuk anda yang telah bersedia mendapatkannya.

 

Minimum Order Quantity (MOU)

Jangan risau dengan jumlah tempahan minima. Anda boleh membuat tempahan serendah 100 unit sahaja. Namun untuk tempahan yang sedikit, kami tidak sediakan lesen KKM dan Halal. Hanya tempahan untuk 1000 unit ke atas layak mendapat lesen tersebut.

Bagaimanapun 100 unit untuk permulaan bisnes dan menguji pasaran (validate) adalah jumlah yang sangat praktikal dan tidak membebankan. Anda boleh bermula dari bawah tanpa komitmen yang tinggi.

 

Tempahan Formula Khas

Kami juga turut menyediakan formula khas atas permintaan pelanggan yang berminat. Mungkin anda inginkan perbezaan formula dan kelebihan berbanding produk orang lain, maka kami akan bantu cipta formula untuk anda.

Formula khas ini akan dihasilkan untuk tempahan produk minima 1000 unit ke atas sahaja. Ini kerana hanya anda yang akan memiliki produk tersebut. Maka ia perlu dihasilkan dalam jumlah yang besar supaya tiada lebihan yang perlu ditanggung oleh pihak kilang sehingga ia terpaksa dijual kepada pelanggan lain.

 

Cuba Dulu Tester Kit Kami!

 

tester kit

 

Kami menyediakan Tester Kit untuk anda cuba sendiri produk yang dikeluarkan oleh kami. Dengan Tester Kit ini anda boleh rasa, bau, pakai dan alami sendiri bagaimana kualiti produk kami.

Produk-produk ini tiada bahan kimia merbahaya. Kami gunakan bahan semulajadi.

Tester Kit ini terdiri dari:

  • DD Cream
  • Foundation
  • Night Cream
  • Lip Gloss
  • Face Basic Cream

Harga untuk 1 set Tester Kit ini ialah RM160 sahaja!

 

Untuk tempahan, sila hubungi kami menerusi Whatsapp atau Call 019 3092791.

 

Mulakan perjalanan bisnes produk kecantikan hari ini. Jika anda lambat, orang lain akan mengambil peluang ini.