Blog Laara Beauty

Masalah Yang Mungkin Akan Berlaku Selepas Bersalin
Sakit pada Faraj

Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.

Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik

Letak pad sejuk atau berais di sekitar tempat luka.

Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas.Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.

Semasa kecing, cuba duduk  secara “squat” dan siram air suam semasa kencing.

Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.

Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.

Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.

Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

Darah nifas

Anda  akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi.

Walaubagaimanapun, sekiranya  anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.

Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam

Darah yang keluar berbau busuk

Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf

Mengalami demam 38 darjah atau lebih

Sakit rengat

Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi puan jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagamanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.

Susah kencing

Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.

Terkencing tanpa kawalan

Kehamilan dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan dan pakai pad wanita sekiranya perlu.

Buasir

Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk  megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.

Sembelit

Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk  laksatif yang sesuai semasa pantang.

Sakit Buah dada

Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu.  Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.

Rambut gugur

Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang  kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.

Perubahan warna kulit

Anda mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur.

Perubahan emosi

Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat  dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya  anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.

Perut buncit dan berangin

Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Terimakasih kepada bayi anda.

Pemeriksaan selepas pantang

Selepas 6 minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan anda pulih 100%. Ujian Pap dan US mungkin akan dibuat. Ambil peluang ini untuk bertanya tentang kaedah perancang keluarga, sebarang isu tentang penyusuan dan bayi atau apa jua masalah yang menganggu fifkiran. Selalunya selepas 6 minggu anda sudahpun sihat sepenuhnya dan dapat menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dalam menjalani kehidupan baru.

Wanita Bekerja Dari Rumah
JIKA diimbas kembali wanita pada suatu ketika dahulu merupakan suri rumah yang memainkan peranan tradisi sebagai ibu dan isteri dalam sesebuah keluarga. Dengan perubahan masa dan arus pemodenan, wanita telah menceburi dunia kerjaya, bersama-sama kaum lelaki berjuang untuk membangunkan negara. Pergolakan dunia kerjaya memberi imej dan penampilan positif bagi wanita, tetapi pada masa yang sama mereka mengalami cabaran dan masalah yang begitu hebat.

Wanita terpaksa memikul beban yang berat, melaksanakan tugas-tugas kekeluargaan serentak dengan tugas kerjaya, menyebabkan sesetengahnya berada dalam konflik yang menyulitkan. Malah imej wanita berubah bagaikan `Super Women’ yang ingin melaksanakan segala-galanya dengan cemerlang, tetapi menghadapi tekanan untuk melaksanakannya.

Naib Yang Dipertua II, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Prof. Datin Dr. Rohaty Mohd. Majzub berkata, antara tekanan yang dihadapi oleh wanita ini ialah mendapatkan kualiti masa untuk keluarga, kerja dan diri sendiri. Malah katanya, ada ahli sosiologi yang mengaitkan penglibatan wanita dalam kerjaya sebagai faktor dominan tergugatnya rumah tangga, lemahnya sistem keluarga dan meningkatnya masalah sosial.

“Apa yang membanggakan wanita hari ini tetap dengan semangat gigih memikul tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan ibu. Urusan penjagaan anak diserahkan kepada pembantu atau pusat penjagaan kanak-kanak. Namun tidak kurang juga yang memilih untuk berhenti kerja dan mengorbankan cita-cita dan minat semata-mata mahu menumpukan perhatian kepada keluarga walaupun berkelulusan tinggi dan mempunyai kemahiran,’‘ ujarnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Bekerja Dari Rumah Satu Alternatif Kreatif pada seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Bekerja Dari Rumah, baru -baru ini.

Seminar anjuran PUSPANITA yang diadakan di Pusat Pameran The Mines, Sri Kembangan, Selangor itu, antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada ahli Puspanita mengenai kerja-kerja dari rumah yang boleh mendatangkan pendapatan, serta penggunaan ICT dalam kerja harian mereka. Menurut Rohaty, dengan dunia ICT yang serba canggih timbul satu suasana di mana wanita boleh dihubungi dan menghubungi dengan berkesan melalui emel, internet, laman web dan sebagainya.

“Mekanisme seperti ini memberi alternatif dan masa bagi kaum wanita untuk meneruskan kerjaya di rumah. Secara tidak langsung mereka akan memupuk potensi mereka sendiri di rumah atau Home Base versus Office Based,’‘ katanya.

Bagaimanapun kata beliau, alternatif bekerja dari rumah (BDR) bukanlah satu konsep yang baru kerana telah diamalkan di beberapa buah negara barat. Malah katanya, konsep BDR telah menarik beberapa pihak merancang dan melaksanakan beberapa program berorientasikan BDR di Malaysia.

Beliau menarik perhatian, beberapa tokoh termasuk Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut memperjuangkan konsep SOHO (Small Office-Home Office), di mana pekerja tidak perlu menghadirkan diri di pejabat. Ini terutamanya dalam bidang-bidang berkaitan ICT dan penulisan.

“Dengan program seperti ini, potensi dan produktiviti wanita juga tidak akan tergugat dan pada masa yang sama keharmonian keluarga terjamin. Ini secara tidak langsung mendedahkan wanita di negara ini dengan senario positif di mana mereka boleh memaksimunkan potensi bekerja di rumah jika peluang dan keadaan mengizinkan,’‘ katanya.

Malah katanya, ia turut menyediakan satu alternatif bekerja yang kreatif bagi wanita, di samping memaksimunkan potensi wanita yang memiliki keterampilan unik dan cemerlang.

Kaedah ini juga memberi peluang kepada wanita mencapai kepuasan bekerja dari rumah dan pada masa yang sama dapat mengimbangi tugas-tugas rasmi dengan keluarga.

Dalam kertas kerja yang disediakan bersama Datin Mardiah Mohd. Zin, Datin Paduka Shahareem Hanom Dadameah dan Datin Zaleha Jamaludin itu, beliau turut mengariskan beberapa manfaat wanita bekerja dari rumah.

Antaranya, wanita akan lebih merasai dihargai dari segi sumbangan mereka kepada negara, kreativiti dan produktiviti lebih meningkat kerana memiliki motivasi dalaman, serta akan mengurangkan jumlah wanita yang mempunyai kemahiran dan kelulusan tetapi terpaksa berhenti kerja.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan sistem bekerja dari rumah hanya boleh dicapai dengan jayanya jika pelbagai faktor diambil kira. Ini termasuklah dari sudut keyakinan, proaktif, kreatif dan wawasan individu yang terbabit. Malah kerjasama majikan dengan menyediakan suri rumah yang ingin bekerja dari rumah dengan sistem komunikasi komputer yang canggih turut mempengaruhi kejayaan BDR.

“Pada aras mikro juga individu itu juga perlu dibekalkan dengan latihan-latihan yang boleh meningkatkan profesionalisme bekerja, kualiti dan produktiviti. Ini termasuklah dari segi pengurusan masa, pembinaan jaringan, komunikasi, pengaturcaraan komputer, juga pengurusan stress,’‘ ujarnya.

Oleh Roslah Othman

Sumber Dari Utusan Online

Celik Kewangan Bagi Wanita
Mengapa wanita perlu berdikari dalam soal kewangan?

Wanita patut membina matlamat untuk mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak bergantung kepada lelaki. Hakikatnya, jangka hayat wanita kini lebih panjang berbanding lelaki dan biasanya wanita hidup dalam kesempitan selepas bersara kerana kurang persediaan. Lazimnya wanita berpendapatan lebih rendah dan wanita juga kurang membuat pelaburan. Ini bermakna wanita mendapat kurang ganjaran pencen dan faedah persaraan. Oleh itu, penting bagi wanita untuk belajar mengawal cara berbelanja dan menyedari bahawa menguruskan wang adalah sama penting dengan mendapatkan wang.

Mengapa wanita perlu mempunyai pengetahuan mengenai kewangan?

Kebanyakan wanita berasa bahawa mereka tidak begitu memahami soal kewangan peribadi kerana mereka tidak begitu pandai matematik. Mereka lebih konservatif dan takut untuk membuat keputusan dalam soal kewangan. Dan jika ragu-ragu, mereka lebih cenderung berdiam diri.

Pengetahuan mengenai perkara yang membabitkan kewangan dapat membantu anda lebih cekap membuat keputusan. Pengetahuan itu juga mengurangkan kemungkinan anda melakukan kesilapan dan tertipu, di samping itu anda dapat belajar membezakan antara keperluan dan kehendak anda. Anda akan lebih memahami jenis produk pelaburan yang berbeza di pasaran, teknologi baru dan kemajuan dalam perkhidmatan kewangan,

Dengan menjadi orang yang celik kewangan, wanita boleh memperbaiki kualiti hidup mereka melalui amalan tatalaku pengurusan yang lebih kukuh, membuat keputusan yang tekal dengan nilai-nilai mereka dan lebih peka terhadap hak dan tanggungjawab mereka. Wanita mempunyai keupayaan untuk belajar dan memperoleh pengetahuan serta kemahiran.

Di manakah wanita boleh mendapat maklumat dan bantuan?

Maklumat boleh didapati secara bebas daripada akhbar, televisyen dan media lain. Tumpukan kepada sumber maklumat yang secara tradisionalnya dihormati, yang turut merangkumi buku dan majalah kewangan. Hadiri seminar dan bengkel untuk pembelajaran yang lebih interaktif.

Dapatkan nasihat daripada institusi kewangan

Bank menawarkan pelaburan tradisional dan menyediakan maklumat pendidikan mengenai produk dan perkhidmatan baru. Sistem perbankan persendirian menyediakan khidmat nasihat kewangan mengikut kehendak pelanggan.

Broker saham membeli dan menjual sekuriti seperti saham, bon dan unit amanah. Mereka menyediakan bahan-bahan penyelidikan dan maklumat lain yang berkaitan.

Pengurus dana dan penasihat bebas menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan bahan-bahan penyelidikan yang boleh membantu dalam membuat keputusan.

Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan

Akauntan menyediakan perkhidmatan perakaunan, nasihat kewangan dan nasihat mengenai perkara yang berkaitan dengan cukai.

Perancang harta menyediakan khidmat nasihat perancangan harta, duti harta pusaka, dan strategi pengurusan aset apabila berlaku kematian.

Perancang kewangan menyediakan khidmat nasihat mengenai perancangan kewangan.

Ejen insurans menyediakan khidmat nasihat mengenai semua perkara berkaitan perancangan insurans dan pengurusan risiko. Mereka juga menjual produk insurans.

Penasihat pelaburan menyediakan khidmat nasihat bagi perkara-perkara berkaitan pelaburan berasaskan sekuriti tetapi tidak dibenarkan menjual sekuriti.

Ejen cukai menyediakan khidmat nasihat bagi perkara-perkara berkaitan dengan cukai dan boleh membantu menyediakan dan menghantar borang cukai.

Ketahui Tentang Penasihat

Apa yang mereka perlu lakukan

Penasihat wujud untuk membantu mengenal pasti masalah dan matlamat anda supaya mereka dapat membantu anda merangka pelan bagi mencapai matlamat tersebut. Mereka membantu anda memahami risiko yang berkaitan dengan pelaburan dan menyediakan khidmat nasihat pelaburan.

Apa yang mereka perlu beritahu anda

Mereka mesti memberikan anda maklumat mengenai diri mereka bagi mengukuhkan kredibiliti mereka kepada anda. Mereka mesti memberitahu anda apa yang berlaku kepada wang anda sekiranya anda membenarkan mereka menguruskannya, apakah yuran yang dikenakan ke atas anda dan sama ada mereka menerima sebarang manfaat daripada cadangan mereka itu.

Jangan percaya semua perkara yang diberitahu oleh mereka

Ingatlah bahawa nasihat mereka mungkin bersifat berat sebelah, dan apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik juga untuk anda..

Membuat keputusan berdasarkan maklumat

Risiko dan pulangan berkait rapat

Ingatlah bahawa pulangan tinggi sentiasa diiringi risiko yang juga tinggi. Jika anda mahu pulangan yang baik, bersedialah untuk menghadapi risiko kerugian.

Rakan kita bukan semuanya pakar

Kita sering dipengaruhi kawan tetapi perlu diingat bahawa objektif mereka mungkin tidak sama dengan objektif kita. Pandangan mereka mungkin berbeza dengan pandangan kita. Juga, sumber mereka mungkin tidak boleh dipercayai.

Enam perkara perlu diingat

1. Jangan terima sahaja sebarang nasihat

2. Fahami sepenuhnya ciri-ciri sesuatu pelaburan

3. Fahami kesan daripada setiap keputusan kewangan

4. Jangan laburkan semua wang anda dalam satu pelaburan

5. Dapatkan nasihat secara bertulis

6. Selalulah menilai kedudukan kewangan anda

Perancangan kewangan

Dalam perancangan kewangan anda, tetapkan matlamat yang realistik dan bersikap realistik terhadap jangkaan anda. Sentiasa bertanggungjawab terhadap kewangan anda.

Ditulis oleh Grace Kang

Grace ialah Pengarah Urusan Perkasa Normandy Managers Sdn Bhd. Artikel ini sedutan daripada pembentangan beliau di seminar Perancangan Kewangan Peribadi untuk WanitaMalaysia, anjuran SIDC pada 9 Ogos 2002

Sumber Dari www.min.com.my

Permulaan Menjadi Usahawan
Modal

Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan. Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan. Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.

Lokasi (Tempat Perniagaan)

Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan. Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.

Minat, pengetahuan dan pengalaman

Minat itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaannya susah untuk dijalankan. Usahawan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika dia hendak membuka kedai pakaian, dia mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu. Usahawan juga harus memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengurusan, mengurus wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun- serta lain-lain lagi.

Pengalaman boleh diperoleh dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang perniagaan yang berkenaan. Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya, berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka.

Jenis dan saiz perniagaan

Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya. Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.

Persaingan

Usahawan juga mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.

Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya. Tetapi jika usahawan dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik untuk kekedainya. Bagaimanapun usahawan perlu mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk mengatasi para pesaing.

Undang-undang dan peraturan

Usahawan mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan. Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Di samping itu, semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yanng hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa tempatan. Usahawan juga mesti mematuhi berbagi-bagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain.

Sumber bekalan

Usahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah. Usahawan harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.

Memulakan Sendiri

Seseorang boleh memulakan perniagaan sendiri jika ia mempunyai keyakinan dan kebolehan tentu ia akan berjaya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, ia hanya perlu memastikan kewujudan perkara-perkara berikut :-

Pengalaman dan pengetahuan

Minat yang berterusan.

Modal yang mencukupi.

Punca bekalannya.

Peraturan dan undang-undang tempatan.

Jenis perniagaan yang ingin dijalankan.

Lokasi perniagaan.

Ramai pelanggan dan usahawan yang berjaya pada hari ini telah memulakan kegiatan perniagaan dengan sendiri.

Ambil Alih

Satu lagi cara untuk memulakan perniagaan ialah dengan mengambil alih atau bergabung. Ia bermaksud sebuah perniagaan yang sedang maju membeli atau bergabung dengan sebuah perniagaan yang lain dan mengambil alih pengurusannya. Di sini perkembangan perniagaan berlaku dengan cepat.

Apabila seseorang peniaga mengambil alih atau bergabung dengan sesuatu perniagaan, ia seharusnya menggunakan pengalaman dan pengetahuannya untuk :-

Merundingkan harga yang terbaik

Mendapatkan syarat-syarat bergabung atau ambil alih yang baik dari penjual.

Faktor-faktor yang dipertimbangkan apabila mengambil alih perniagaan :-

Kewangan perniagaan

Pada asasnya proses mengambil alih perniagaan lain perlulah mengambil kira langkah-langkah seperti membuat kajian awal untuk menilai kedudukan kewangan dan kadar keuntungan di samping meneliti dan memeriksa setiap butir kewangan yang disediakan oleh pemilik. Ia bertujuan memastikan kewangan perniagaan yang diambil adalah kukuh. Kajian juga termasuk mengkaji aset perniagaan yang ada seperti premis, lengkapan dan perabot agar mempunyai nilai semasa yang baik. Di samping itu, liabiliti perniagaan seperti pinjaman dan pemiutang juga perlu diketahui agar tidak menanggung beban hutang yang tinggi.

Faedah yang dinikmati

Kajian tentang kelebihan-kelebihan yang boleh didapati jika mengambil alih perniagaan tersebut juga perlu diambilkira, umpamanya dapat memiliki teknologi dan kepakaran yang ada. Begitu juga dengan aset seperti tanah dan bangunan yang boleh dimajukan untuk perkembangan masa hadapan. Bahagian pasaran yang telah dikuasai turut dinikmati dan pelanggan perniagaan dapat dikuasai.

Masalah yang dihadapi

Masalah-masalah yang dihadapi oleh perniagaan tersebut yang menyebabkan pemiliknya ingin menjualnya juga harus diambilkira untuk dikaji. Ini bertujuan supaya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dan menjadikannya sebuah perniagaan yang menguntungkan. Contohnya, jika perniagaan tersebut menghadapi persaingan yang hebat, kenalpasti pesaing tersebut dan kaji kelemahan yang ada untuk mengatasi persaingan.

Potensi berkembang

Masa hadapan perniagaan tersebut hendaklah dikaji samada ianya berpotensi untuk berkembang maju lagi. Kajian masa hadapan ini boleh dilakukan dengan melihat statistik-statistik serta keadaan pasaran semasa. Umpamanya, perkhidmatan bas mini di kawasan Shah Alam diadakan berdasarkan kepada banyaknya kawasan perumahan dan perindustrian yang telah didirikan di mana terdapatnya banyak permintaan untuk perkhidmatan tersebut. Beberapa tahun yang lepas ia tidak diadakan kerana perkembangan dan pembangunan kawasan tersebut masih dalam perancangan.

Persaingan yang akan dihadapi

Persaingan yang akan dihadapi juga diambil kira. Buat kajian dan kenalpasti pesaing yang wujud. Kaji kelemahan dan kekuatan pesaing tersebut supaya kita boleh mengatur rancangan atau strategi untuk mengatasinya. Contohnya, jika pesaing mempunyai kepakaran tertentu,cubapelajari kepakaran tersebut atau dapatkan kepakaran orang lain sebagai rakan kongsi atau diambil sebagai rakan kongsi atau diambil bekerja.

Minat dan kecenderungan yang ada

Minat dan kecenderungan semula jadi perlu ada apabila ingin mengambil alih perniagaan. Tanpa minat dan kecenderungan ini, sudah tentu apa yang dilakukan nanti tidak sampai ketahap yang dikehendaki. Minat dan kecenderungan merupakan asas bagi memulakan sesuatu perniagaan, oleh itu pastikan ianya wujud di hati kita.

Warisan

Ada juga perniagaan yang diwarisi daripada ibubapa, nenek moyangnya, atau warisan keluarga. Jenis perniagaan ini biasanya kukuh dan telah lama wujud dalam perniagaan.

Diundang

Diundang bermaksud perniagaan yang kekal dan sudah wujud mengundang seseorang @ sesebuah syarikat untuk menjadi rakan kongsi @ bergabung dengan syarikat induk. Individu @ syarikat ini diundang kerana potensi yang ada padanya dan prestasi individu tersebut @ syarikat tersebut amat baik.

Sumber Dari www.min.com.my

Reka Sendiri Permainan Untuk Anak-Anak Anda!
Berikut adalah beberapa idea sebagai permulaan:

1. Kit Membuat Kad Ucapan Terima Kasih:

Ajarlah anak anda menghargai pemberian hadiah dari orang lain dengan menyediakan kit peralatan yang mereka perlukan. Pilih sebuah kotak yang menarik dan isikannya dengan kad-kad kosong dan sampul surat, setem untuk mengirim kad, pen gel yang berwarna-warni dan kertas nota yang comel. Sediakan beberapa label alamat surat menyurat rumah anda dengan nama anak anda tertera di atasnya supaya mereka akan merasakan diri mereka seperti orang dewasa! Sertakan sekali sampel kata-kata ucapan terima kasih sebagai contoh untuk mereka salin.

2. Kit Peralatan Memasak:

Dapatkan beberapa mangkuk kecil, perkakas memasak dan apron kecil untuk kanak-kanak. Sediakan sebuah buku yang sederhana besar yang mana mengandungi koleksi kad-kad yang diindex dan disatukan dengan gegelung dan tampalkan keratan resepi-resepi daripada majalah ataupun tuliskan beberapa resepi kegemaran keluarga. Anda juga boleh membeli adunan tepung untuk membuat biskut atau brownie yang telah siap diadun untuk penyediaan mudah dan cepat.

3. Kit Menonton Filem Di Waktu Malam:

Beli beberapa kupon menyewa video di kedai video berdekatan, sepasang baju pajamas dan beberapa jenis perasa bertih jagung yang boleh disediakan sendiri dengan gelombang mikro. Sertakan juga buku seperti buku “Parents Guide To The Best Family Videos: Great Movies for Parents and Kids to Share” oleh Patricia S. McCormick dan Steve Cohen.

4. Kit Lawatan Misteri:

Tulis beberapa nama tempat yang mungkin anak-anak anda suka lawati seperti zoo tempatan, galeri seni, taman ataupun kedai kegemaran mereka di atas keratan-keratan kertas dan masukkannya ke dalam sampul surat yang berasingan. Sertakan sedikit wang bagi setiap seorang untuk perbelanjaan semasa lawatan. Simpan sampul-sampul surat itu di dalam sebuah balang dan pada hari dimana anak-anak anda berasa ingin bersiar-siar atau melancong, biar mereka pilih satu tempat misteri. Belikan sebuah kamera pakai buang untuk mengambil gambar dan sebuah album gambar yang tidak berapa mahal untuk menyimpan gambar-gambar lawatan anda sebagai kenangan.

5. Kit Mengecat Fabrik:

Pilih beberapa warna cat kain yang terang atau berkilat, span untuk mengecap, kertas perhiasan dan letakkan di atas. Perhatikan mana-mana t-shirt warna muda yang tidak berapa mahal atau fabrik lain yang boleh dicat seperti beg sekolah atau apron. Kosongkan meja dapur dan biarkan imiginasi mereka mencorakkannya. Mereka akan merasa bangga memakai barangan ciptaan mereka sendiri.

6. Kit Membuat Sabun Atau Gula-gula:

Idea ini tidak memerlukan belanja yang mahal untuk dilakukan bersama. Beli acuan gula-gula dan coklat beraneka jenis perasa yang dibuat khas untuk dicairkan untuk membuat gula-gula sendiri. Simpan kotak-kotak coklat yang kosong dan isikannya dengan gula-gula atau coklat ciptaan anda sendiri. Gunakan acuan yang sama untuk membuat sabun. Cairkan beberapa ketul gilkerin yang boleh didapati di kedai kraftangan atau farmasi. Tambah beberapa titik pewarna makanan dan beberapa objek menarik seperti biji benih, bunga plastik atau alat permainan yang kecil untuk menambahkan minat.

7. Kit Berkebun:

Untuk penggemar aktiviti berkebun atau seni, sediakan sebuah beg berkebun yang kecil dan isikan dengan pasu tanah liat, biji benih, tanah hitam, alat-alat perkakas berkebun yang berwarna cerah, sarung tangan, penyiram pokok dan apron dan perhatikan air muka anak anda berubah ceria, menjanjikan pokok-pokok yang subur.

8. Kit Sukan:

Barangkali kasut roda luncur anak lelaki anda sudah haus atau anak perempuan anda sudah mula mencuba sukan lasak dengan menanam minat dalam sukan bolasepak. Koleksi pakaian sukan dan kelengkapan sukan boleh dibungkus di dalam sebuah beg dufel dan diikat dengan reben merah yang besar.

9. Kit Komputer:

Sekiranya anak anda meluangkan banyak masa di depan komputer, mengapa tidak membuatnya rasa lebih selesa? Barangkali bantal untuk menyandar, pelapik tetikus bercorak dengan karaktor popular dan beberapa perisian komputer (dicadangkan bercorak pendidikan) yang baru. Jangan lupa sediakan sebuah pencatat waktu di atas meja untuk memberi isyarat apabila sampai waktu untuk orang lain pula menggunakan komputer.

10. Kit Kraftangan:

Kit ini tidak memerlukan peralatan yang mahal dan mungkin merupakan yang paling lama membuatkan anak-anak anda sibuk. Beli sebuah bekas plastik yang besar berserta dengan penutupnya. Pergi ke Kedai 2 Ringgit yang berdekatan dan beli peralatan seperti gam dan gam kilau, pembersih paip, gunting kanak-kanak atau gunting yang boleh membuat corak tepi, kain perca yang berwarna-warni, reben, bulu, manik dan butang. Tambah apa-apa saja yang anda rasa dapat mencetuskan imaginasi anak anda dan perhatikan mereka mencipta.

Sumber: Artikel ini telah di ambil dengan keizinan daripada www.preschoolplanet.com

by Heidi Hoff

Dipetik dari http://www.ehomemakers.net

Kelahiran Blog Laara
Assalamualaikum..

Inilah kali pertama blog Laara diwujudkan sempena perubahan besar yang berlaku kepada perniagaan ini. Perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan perniagaan Laara yang beroperasi sepenuhnya secara online bermula September 2011.

Sebagai tulisan pertama di blog ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menguruskan perniagaan Laara secara online dengan baik. Banyak pengalaman yang mencabar terpaksa dihadapi sepanjang menukarkan perniagaan ini kepada perniagaan internet.

Ramai agen dan pelanggan menjadi keliru dengan tindakan kami. Walaubagaimanapun semua itu akhirnya dapat diatasi dengan baik kerana kerjasama yang baik diberikan oleh agen dan pelanggan kami. Syukur Alhamdulillah.