, , ,

Bengkel Pembuatan Sabun Kecantikan (JPW)

Alhamdulillah..

Pada bulan Februari yang lepas, kami telah mengadakan bengkel pembuatan sabun kecantikan dan keusahawan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu.

Peserta yang hadir dan terpilih adalah dikalangan ibu tunggal dan mereka-mereka yang ingin mengubah hidup melalui perniagaan produk kecantikan.

Bengkel ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Dalam bengkel ini peserta didedahkan dengan teknik membancuh sabun kecantikan sendiri yang boleh dibuat dari rumah sahaja.

Selain itu mereka turut diberikan beberapa formula untuk menghasilkan sabun pencerah, hilangkan jerawat, jeragat, hilangkan bau badan, bersih dan segarkan kulit wajah dan banyak lagi.

Mereka juga diajar tentang cara mengira kos, keuntungan dan perbelanjaan untuk bisnes tersebut, pemasaran tanpa modal yang tinggi, cara membuat pembungkusan, cara membina jenama yang baik dan berbagai aspek penting yang perlu diketahui sebelum melangkah ke alam keusahawanan.

peserta bersama bahan membuat sabun

tekun menghasilkan produk sendiri

pengarah jabatan pembangunan wanita negeri terengganu

jabatan pembangunan wanita

Meskipun ada di antara mereka sudah pun mempunyai kedai atau spa sendiri, namun ilmu yang dikongsi masih mampu memberikan pencerahan dan pandangan baru dalam rancangan perniagaan mereka.

Syukur Alhamdulillah.. Tidak sampai sebulan mereka belajar, ada di antara mereka yang sudah banyak mendapat tempahan sabun kecantikan yang dihasilkan. Selain itu sudah ada orang ingin menjadi agen kepada produk-produk sabun yang mereka keluarkan atas jenama sendiri.

Kami di Laara Beauty Solution mendoakan semoga semua peserta menadpat manfaat dari ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya berjaya mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat sterusnya. InsyaAllah.. Amin.

 

+ Kami mengalu-alukan jemputan dari mana-mana agensi atau syarikat swasta untuk bekerjasama dalam mengajurkan bengkel seumpama ini di tempat anda.

+ Untuk sebarang pertemuan dan perbincangan, sila hubungi kami di talian berikut: 019 – 309 2791 (Zalia).

 

bengkel sabun kecantikan peserta gembira