Kelahiran Blog Laara

Assalamualaikum..

Inilah kali pertama blog Laara diwujudkan sempena perubahan besar yang berlaku kepada perniagaan ini. Perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan perniagaan Laara yang beroperasi sepenuhnya secara online bermula September 2011.

Sebagai tulisan pertama di blog ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menguruskan perniagaan Laara secara online dengan baik. Banyak pengalaman yang mencabar terpaksa dihadapi sepanjang menukarkan perniagaan ini kepada perniagaan internet.

Ramai agen dan pelanggan menjadi keliru dengan tindakan kami. Walaubagaimanapun semua itu akhirnya dapat diatasi dengan baik kerana kerjasama yang baik diberikan oleh agen dan pelanggan kami. Syukur Alhamdulillah.

Leave a Reply